[BARU TERBIT] KISAH-KISAH TIDAK SAHIH DI MEJA PENCERAMAH 2
![[BARU TERBIT] KISAH-KISAH TIDAK SAHIH DI MEJA PENCERAMAH 2 [BARU TERBIT] KISAH-KISAH TIDAK SAHIH DI MEJA PENCERAMAH 2](https://abbascentre.onpay.my/media/forms/84-kisahtidaksahih-1745038738.jpg)
Kalimah "UMMATI" sebelum Rasulullah s.a.w. wafat
-----
Kisah penderhakaan Al-Qamah Terhadap Ibunya
-----
Adakah umat Islam Berpuasa Ketika Perang Badar?
-----
Kisah Imam Malik dan Pemandi Jenazah Perempuan
Kisah-kisah ini disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. dan para sahabat serta salafussoleh. Kisah-kisah ini didatangkan dengan pelbagai versi bertujuan bagi mendatangkan pengajaran dan amalan kepada pendengar. Walhal, kisah-kisah ini, sebahagian besarnya bertaraf lemah, malahan ada yang sampai ke peringkat palsu. Taraf lemah atau palsu ini ditetapkan berdasarkan piawaian penilaian para ulama yang disebutkan di dalam buku ini.
Penilaian itu diberikan secara lengkap dan terperinci untuk bacaan pembaca secara terbit dan teliti.
Mudah-mudahan, buku ini menjadi pencetus supaya kita mempelajari kisah yang sahih bersumberkan riwayat muktabar dan diperakui. Di samping menjadikan perbincangan ini, perbincangan yang ilmiah berkenaan kisah-kisah yang kita dengar dari pelbagai sumber walhal ia ada perselisihan para ulama.
**************
PENGHANTARAN
Sekiranya terdapat pertanyaan mengenai pembelian buku
boleh hubungi En Ahmad di link Whatsapp (011-61866686)