(RAKAMAN) Tadabbur Al-Quran Bersijil Perumpamaan-Perumpamaan Dalam Al-Quran

Pengumpat Bagaikan Haiwan Buas.
Mengumpat atau ghubah didefinisikan sebagai, “Mengaibkan seseorang di belakangnya.” Orang yang mengumpat sebenarnya sedang menghakis binaan pahalanya tanpa disedari.
Surah al-Hujurat mengumpamakan perbuatan mengumpat sebagai,
أَيُحِبُّ أَحَدُكُمۡ أَن يَأۡكُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتٗا فَكَرِهۡتُمُوهُۚ
“Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Pasti kamu tidak menyukainya.” (Al-Hujurat:12)
Secara zahirnya, ayat ini menjelaskan bahawa mangsa umpatan ibarat daging yang dilapah-lapah. Kata Ibn Qayyim, sebagaimana mangsa umpatan tidak mampu mempertahankan diri, begitulah dengan mayat yang dipotong-potong daging. (Tafsir Ibn Qayyim)
Bagaimana pula dengan si pengumpat?
Menurut beberapa ulama antaranya al-Qasimi di dalam Mahasin al-Ta’wil dan Safa’ Husni Abdul Muhsin di dalam al-Isti‘arah al-Tamthiliyyah, terdapat 1 nilai yang tidak disebutkan dalam ayat ini.
Nilai apa, ya?
Nilai yang tersembunyi itu ialah, jika si mangsa diibaratkan mayat yang dilapah, maka, si pengumpat diibaratkan sebagai apa?
Ya, si pengumpat ibarat haiwan buas yang melapah-lapah mayat tadi. Berhubung perkara ini, kita perlu membuat penilaian, apakah ciri-ciri yang ada pada haiwan buas?
a- Tiada hati perut.
b- Pelahap.
c- Mementingkan diri sendiri.
Bezanya, haiwan buas memang begitulah kejadian asal mereka. Manusia tidak, cuma mereka yang memilih untuk menjadi haiwan buas dengan mengumpat, mengumpat, mengumpat.
Rujukan: Permisalan Dalam al-Quran karya Rahmat Hidayat Lubis dan Gamal Abdul Nasir Zakaria, 51-52.
MENARIK BUKAN??
Banyak perumpamaan dalam al-Quran yang ingin sekali kami kongsikan dalam kelas Tadabbur al-Quran Bersijil Modul 1 yang akan bermula pada 12 Januari 2022.
Dengan memahami perumpamaan atau al-Amthal, kita selangkah memahami mesej-mesej yang ingin disampaikan oleh al-Quran yang mulia.
*Rakaman akan disediakan setiap sesi yang dijalankan
*Sijil akan disediakan selepas tamat pengajian
Boleh berhubung terus dengan En Zarin di Whatsapp (013-2756192) jika ada sebarang pertanyaan.